Saturday, November 27, 2010

Kertas BM (N) 2010

SOALAN BM1 SPM (N) 2010

Para pelajar  tahun 2010 bertuah kerana beberapa soalan K1 yang dianalisiskan benar-benar "muncul" pada kertas soalan. Ini merupakan rezeki pelajar yang dianugerai Tuhan.. Yang berikut disiarkan kertas soalan BM1 tahun 2010

Friday, September 17, 2010

TIps UPSR 2010

tips bahasa melayu upsr sjk 2010

Andrew Choo UPSR EXAM TIPS PMR EXAM TIPS SPM EXAM TIPS - - MAIL ...

andrew choo upsr exam tips pmr exam tips spm exam tips mail ... real 2010 tips. Now: 1284470566 Aug: 1280592000 UPSR (SK) RM230 : B. Melayu, B. Inggeris, Maths, Science: UPSR (SJK) RM230 : B. Melayu, B. Inggeris, Maths, Science, Bahasa Cina
From:http://www.andrewchoo.com.my/component/option,com_mailorder/task,mailorderform/Itemid,41/

UPSR 2009... - Page 5

upsr 2009 page 5 ... O SERAVANAH SI Thu Sep 09, 2010 5:08 pm » LATIHAN BAHASA MELAYU UPSR ... sy nak tnya,,kertas sains sjk(c)dwi bahasa kan ... MARI BELAJAR :: UPSR :: UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah
From: http://maribelajar.forumotion.com/upsr-ujian-penilaian-sekolah-rendah-f9/upsr-2009-t490-60.htm

Bank soalan bm upsr

bank soalan bm upsr ... 2010 ... STPM: Tips Scoring 1A in - Bank Soalan Percubaan/Trial UPSR,PMR,SPM,STPM Bank Soalan SPM Bahasa Melayu ... SJK(C) yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
From: http://brsimes.krovatka.su/text162.html

FOKUS UTAMA TIP BM UPSR 2010 (Siri 1)

sumber - http://cikgurichardlee.blogspot.com/ 

Bahagian A
1. Perkelahan
2. Perkhemahan
3. Aktiviti keluarga
4. Aktiviti di kelas
5. Aktiviti sebagai seorang murid
6. Pusat sumber
7. Suasana - hari lahir, Hari Guru, sukan, satu perayaan, Hari Kanak-kanak, Hari Kebangsaan
8. Gambar berpandu - kelapa, getah dll
9. Gambar berpusat - aktiviti (murid/keluarga)
10.Jadual-aktiviti berkaitan dengan murid

Bahagian B (SJK)
1. Autobiografi
2. Catatan
3. Laporan
4. Pengalaman/cerita
5. Dialog

(SK)
1. Biografi
2. Cerita
3. Fakta
4. Laporan
5. Dialog

Bahagian C
1. Berbentuk petikan/puisi


sila rujuk blog Cikgu Richard Lee

Tip BM UPSR 2010

TIP TAMBAHAN TATABAHASA BM UPSR 2010

Tip Tatabahasa

1. Cara memotong
a) memotong b) mengerat c)menghiris d)membelah e) menetak f)mencantas g)memangkas h)menggunting i)melapah j)menyembelih k)menyiat l)mencencang m)menebang n)memenggal o)menakik p)menebas

2. Cara duduk
a)bersila b)berlunjur c)bersilang d)bertinggung e)berlutut f)bersimpuh

3. Cara membuang
a) membaling b)membuang c)melontar d)mencampak e)menghempas f)merejam g)melempar

4. Cara jatuh
a)terjatuh b)tersembam c)tersungkur d)tertiarap e)terjelopok f)telentang g)terpelanting h)terjunam i)terbabas j)terhumban

5. Cara menggosok
a)mengelap b)mengesat c)menggosok d)menggilap e)mengilat

6. Cara menggunakan air
a)menyimbah b)menyiram c)menjirus d)merenjis e)mencurah f)menuang

7. Cara makan/minum
a)membaham b)menelan c)melulur d)mengunyah e)menggigit f)mengerit g)memagut h)meneguk i)menyedut j)menghirup k)menghisap

8. Jatuh........
a)tumbang b)runtuh c)rebah d)jatuh e)gugur f)roboh g)ranap h)luruh

9. Bimbang........
a)bimbang b)rimas c)resah d)ragu-ragu e)cuak f)curiga g)gelisah h)takut i)cemas j)sangsi k)risau l)runsing

10. Datang/muncul.......
a)muncul b)tampil c)terbit d)timbul

11. Arah/haluan........
a)mundar-mandir b)lalu-lalang c)bolak-balik d)ulang-alik

12. Bising........
a)riuh-rendah b)hingar-bingar c)gegak-gempita d)bingit

Teknik Menulis BM UPSR 2010

Perkara-perkara penting dalam BM Penulisan:
Bahagian A :

1. Baca arahan - aktiviti, situasi,gambar.

2. a) Aktiviti - gunakan kata kerja.
b)Situasi - tulis 1/2 ayat berdasarkan situasi manakala yang lain kata kerja.
c) Gambar - tulis 1/2 ayat berdasarkan gambar manakala yang lain kata kerja. 

3. Boleh guna nama orang, kata bilangan - beberapa, dua orang

4. Ayat gramatis - galakkan guna ayat majmuk. Sekurang-kurangnya 8 -12 patah perkataan.

5. Elakkan ayat tunggal.

6. Kebiasaannya gambar-gambar yang akan disiarkan berbentuk positif. Gambar-gambar yang berbentuk 
negatif seperti kebakaran, kemalangan, banjir, kematian, hospital dan lain-lain biasanya tidak akan 
disiarkan.

7. Jangan tulis ayat yang berbentuk cerita. Jangan gunakan penanda wacana.

8. Tulis keadaan atau situasi yang kelihatan di dalam gambar. Contoh - senyum, sedih, ketawa, gembira dan 
sebagainya.

9. Buat semakan ayat.

Bahagian B.

1. Baca kesemua 3 soalan yang diberikan dan pilihlah yang terbaik.

2. Buat kerangka isi - pendahuluan, isi dengan huraian dan contoh serta penutup.

3. Kaedah peta minda yang telah saya ajar sebelum ini amat berkesan.

4. Tulis karangan dengan pengolahan yang menarik. Pastikan format karangan betul dan jangan keluar 
tajuk.

5. Boleh masukkan peribahasa atau simpulan bahasa yang baik dan sesuai untuk menjadikan karangan 
menarik.

6. Tulisan kemas, jelas dan terang. Pemeriksa akan mudah membacanya.

7. Buat semakan ayat.

Bahagian C.

1. Baca arahan soalan - nilai murni, pengajaran, amalan baik.

2. Baca teks dan gariskan kata-kata bernilai murni.

3. Nyatakan keterangan untuk kata-kata tersebut.

4. Patuhi arahan soalan - 4/5 nilai . Yang lebih, tidak akan diberi markah.

5. Tulis ulasan dengan struktur ayat yang betul.

6. Patuhi arahan jumlah soalan - tidak lebih daripada 40 (SJK)/50 (SK) patah perkataan.

7. Namun perlu diingatkan, calon boleh menulis sehingga 50 (SJK) /60(SK) patah perkataan dan jangan terlalu panjang sehingga menjadi seperti karangan.

8. Tulis jumlah perkataan di sebelah kanan hujung ulasan.

9. Mulakan dengan .........Kita haruslah/perlulah....................

10. Kata bantu - hendaklah, mestilah, kenalah, patutlah, wajarlah

11. Ingat bahawa - NILAI/PENGAJARAN dan CONTOH adalah penting berdasarkan petikan yang dibaca.

12. Berikan huraian - supaya........, untuk........., kerana........., dengan.........

13. Buat semakan ayat. 


Sunday, May 30, 2010

Upload PDF Documents


Upload your web documents to Scribd

scribd.pngScribd is a great way to upload and share your documents online, and tech blogger Amit Agarwal has pinpointed a way that you can upload documents already on the Web.
It's the old appended URL trick:
http://www.scribd.com/slurp?url=[DOCUMENT_URL]
Just tack the URL of your document on the end of that Scribd URL and it will get sent to Scribd immediately.

Contact information for this author is not available. 


Upload PDF Documents to Scribd with a Simple Right Click

Ads by Google AspUpload Component - Advanced file upload solution for the IIS/ASP environment. www.aspupload.com
Scribd, as most of us know is a hugely popular service for uploading and sharing Microsoft Office documents or PDF ebook online. Scribd can also convert documents to Flash files which can then be embedded in web pages.
The other good point about Scribd is that you don't require an account in order to upload or convert documents into other formats like PDF, Flash Paper or MP3.
To upload documents to Scribd, you can either use their browser based uploader tool but what about documents that are already on the web ? Would you save them to your hard drive for uploading to Scribd ?
One of the option is to use the Slurping feature where you append the URL of your web document to the following URL and it gets copied on Scribed automatically.
http://www.scribd.com/slurp?url=[DOCUMENT_URL]
If that sounds confusing, get this new Firefox extension called Scribd Slurper - say you come a PDF document in Google search that you want to save on scribd - just right click that search result and select "Slurp to Scribd" in the contextual menu. Give a title, some tags and you're done.
uplaod documents scribd
Even if you don't use Scribd for sharing or storing documents, this is useful when the Google cache cannot render the PDF document properly - view the file inside Scribd - it will be much convenient than downloading the file locally and viewing it Adobe Reader or Foxit.
Bonus Tip: Use filetype:pdf with your Google search queries to limit the search to Adobe PDF documents.
Ads by Google AspUpload Component - Advanced file upload solution for the IIS/ASP environment. www.aspupload.com
Find this article at: http://labnol.blogspot.com/2007/06/upload-pdf-documents-to-scribd-with.html
web: http://www.labnol.org/ email: amit@labnol.org

Reader Comments

So, with this Scribd becomes my del.icio.us for PDF docs..
Amit, I do not know if you actually tried Slurping from a google search result. Since the destination link is a google.com redirect URL, the slurp to Scribd does not actually work. I only get an alert!
Hey Anand and Amit,

That should work for you now. I made that extension.
email is tim_sw2000(at)yahoo.com
if you have any problems. I am happy to help and make sure everything is working.

Thanks!
Tim

Thursday, May 13, 2010

karangan PMR


http://mazlan66.wordpress.com

Penubuhan Banyak Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Lebih Banyak Membawa Kebaikan Kepada Negara (Bahas)

Yang saya hormati, Tuan Pengerusi Majlis, kombinasi panel hakim yang arif lagi bijaksana, barisan pembangkang, serta hadirin dewan sekalian.

Peranan Komputer Dalam Pembangunan Negara

Komputer merupakan satu alat yang mempunyai peranan penting dalam pembangunan sesebuah negara. Memandangkan penggunaannya begitu meluas…

Kebaikan dan Keburukan Peperiksaan Terhadap Pelajar

Peperiksaan adalah ujian yang dibuat untuk menentukan kebolehan seseorang pelajar. Di Malaysia, pelajar-pelajar dikehendaki untuk menghadapi peperiksaan…

Jenayah Di Kalangan Remaja

Golongan remaja boleh didefinisikan sebagai satu golongan peralihan iaitu peralihan dari segi sikap, fizikal, mental, emosi, rohani, dan jasmani daripada golongan atau alam kanak-kanak ke alam dewasa.

Kebaikan Rumah Terbuka

Sebagai sebuah negara majmuk, penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum mengamalkan bahasa, agama, dan budaya yang berlainan.

Kebaikan e-pembelajaran dalam bidang pendidikan

Melalui konsep e-pembelajaran atau e-learning yang diperkenalkan ini, guru dan murid tidak perlu lagi berinteraksi secara empat mata.

Isu kurangnya pelajar menghormati guru

Sejak akhir-akhir ini masalah disiplin berkenaan pelajar sering diperkatakan. Selepas satu kes, satu kes yang lain timbul. Masalah yang wujud sekarang ini pula ialah masalah pelajar-pelajar tidak menghormati guru-guru.

Kebanjiran pekerja asing di Malaysia

Isu pendatang asing bukanlah satu perkara baru di negara kita. Kebanjiran pendatang asing semakin meningkat dari hari ke hari dan menjadi satu masalah kepada negara.

Faedah melancong

Melancong merupakan salah satu aktiviti yang amat menyeronokkan. Tambahan pula, ia memberi banyak mantaat. Semua manusia mengimpikan tempat yang indah untuk dilawati dan menghabiskan masa cuti bersama keluarga setelah penat menjalani kerja seharian.

Gejala pembuangan bayi

Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan teknologi. Namun mereka alpa dengan perkembangan sosial di negara ini.

Friday, May 7, 2010

telefon bimbit

dipetik drpd blog Cikgu Azhar Salleh


RENCANA: TELEFON BIMBIT

LARANGAN PELAJAR MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT KE SEKOLAH

Teknologi yang canggih telah membantu manusia untuk melaksanakan pelbagai urusan dan menjadikan negara kita semakin maju. Ringkasnya, peralatan teknologi yang canggih dapat membantu manusia membuat sesuatu kerja yang tidak termampu dilakukan oleh manusia. Sehubungan dengan itu, pelbagai alat teknologi seperti komputer, telefon bimbit, satelit dan sebagainya telah dicipta dari semasa ke semasa untuk kemudahan kita.

Antara alat canggih yang telah dicipta oleh manusia, telefon bimbitlah yang paling biasa digunakan. Dengan adanya telefon bimbit, kita dapat menghubungi sesiapa sahaja walau di mana-mana pun hatta berada di tempat yang sangat jauh. Selain itu, pengendali telefon bimbit juga memperkenalkan perkhidmatan mesej pendek. Oleh itu, kita dapat menghantar berita dengan telefon bimbit, bukan lagi menggunakan perkhidmatan pos yang lambat dan berkos tinggi. Perkhidmatan ini lebih menjimatkan masa dan wang. Oleh itu, banyak orang menggunakan telefon untuk perkhidmatan ini. Selain itu, kamera serta pemain muzik juga telah dipasangkan pada telefon bimbit. Telefon bimbit juga semakin canggih hingga boleh melayari laman web dan juga menggunakan perkhidmatan 3G.

Kebanyakan ibu bapa membeli telefon bimbit untuk anak-anak mereka kerana mudah dihubungi. Oleh itu, kita dapat melihat banyak murid yang mempunyai telefon bimbit termasuklah murid-murid sekolah rendah. Setelah mempunyai telefon bimbit, mereka dapat membuat apa-apa sahaja serta dapat pergi ke mana-mana sahaja kerana dengan kemudahan telefon bimbit, mudah sahaja hendak menghubungi mereka. Sebagai akibatnya, banyak murid akan membawa telefon bimbit ke sekolah walaupun tidak dibenarkan.

Langkah kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di sekolah memang tepat. Apabila pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, mereka akan mengakibatkan banyak masalah disiplin. Mereka akan menunjuk-nunjukkan telefon yang dibelikan oleh ibu bapa mereka. Maka, sikap materialistik wujud dalam diri pelajar yang masih berusia muda itu. Pelajar yang tidak mempunyai telefon bimbit juga akan berasa tersisih kerana tidak ada teman berbual seperti kawan lain yang mempunyai telefon bimbit. Mereka berasa rendah diri dan tidak puas hati dan akhirnya mereka mungkin mencuri telefon bimbit orang lain. Kesannya, pihak sekolah pula terpaksa menguruskan kes kecurian sehingga menyebabkan proses pembelajaran terganggu. Soalnya, adakah patut kita membebankan guru dengan beban baharu, iaitu menjadi pegawai penyiasat kecurian telefon bimbit?

Selain itu, pelajar tidak dapat menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar kerana mereka akan bermain dengan telefon bimbit. Seterusnya, apabila terdapat deringan telefon bimbit, proses pembelajaran dan pengajaran akan mengalami gangguan. Semasa ujian, pelajar juga boleh menggunakan telefon bimbit untuk menghantar mesej berbentuk jawapan kepada rakan yang lain. Perkara ini adalah amat tidak berakhlak dan tidak adil terhadap pelajar lain. Dengan telefon bimbit yang canggih, mereka dapat mengambil gambar serta mendengar lagu kegemaran mereka. Gejala seperti ini tidak patut berlaku di sesebuah sekolah.

Selain itu, dengan menggunakan telefon bimbit, pelajar-pelajar dapat memuat turun gambar-gambar atau klip-klip video yang tidak senonoh. Mereka akan berkongsi gambar atau klip video tersebut dengan rakan. Maka, pelajar akan mudah tepengaruh dengan gejala tidak sihat.

Mengikut kajian, telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang bunyi yang akan menjejaskan kesihatan. Tambahan pula, kini para pelajar masih dalam proses tumbesaran. Telefon bimbit tidak sesuai digunakan oleh murid-murid yang berusia muda kerana akan menjejaskan kesihatan mereka. Hakikat ini haruslah diberikan perhatian oleh setiap pihak. Mencegah itu lebih daripada merawat. Janganlah apabila kesihatan sudah terjejas, pihak lain pula dipersalahkan sedangkan mereka sudah diingatkan berkali-kali tentang kesan gelombang telefon itu.

Tuntasnya, langkah kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di sekolah sememangnya merupakan langkah yang bijak. Melalui perbincangan saya di atas, kita dapat mengetahui impak penggunaan sebuah alat yang canggih ini terhadap para pelajar. Bagi mengelakkan perkara-perkara tersebut berlaku, adalah lebih baik para pelajar menggunakan telefon bimbit apabila dewasa nanti kerana telefon bimbit memerlukan kos penggunaan yang tinggi.



2009 (85)