Friday, September 17, 2010

Tip BM UPSR 2010

TIP TAMBAHAN TATABAHASA BM UPSR 2010

Tip Tatabahasa

1. Cara memotong
a) memotong b) mengerat c)menghiris d)membelah e) menetak f)mencantas g)memangkas h)menggunting i)melapah j)menyembelih k)menyiat l)mencencang m)menebang n)memenggal o)menakik p)menebas

2. Cara duduk
a)bersila b)berlunjur c)bersilang d)bertinggung e)berlutut f)bersimpuh

3. Cara membuang
a) membaling b)membuang c)melontar d)mencampak e)menghempas f)merejam g)melempar

4. Cara jatuh
a)terjatuh b)tersembam c)tersungkur d)tertiarap e)terjelopok f)telentang g)terpelanting h)terjunam i)terbabas j)terhumban

5. Cara menggosok
a)mengelap b)mengesat c)menggosok d)menggilap e)mengilat

6. Cara menggunakan air
a)menyimbah b)menyiram c)menjirus d)merenjis e)mencurah f)menuang

7. Cara makan/minum
a)membaham b)menelan c)melulur d)mengunyah e)menggigit f)mengerit g)memagut h)meneguk i)menyedut j)menghirup k)menghisap

8. Jatuh........
a)tumbang b)runtuh c)rebah d)jatuh e)gugur f)roboh g)ranap h)luruh

9. Bimbang........
a)bimbang b)rimas c)resah d)ragu-ragu e)cuak f)curiga g)gelisah h)takut i)cemas j)sangsi k)risau l)runsing

10. Datang/muncul.......
a)muncul b)tampil c)terbit d)timbul

11. Arah/haluan........
a)mundar-mandir b)lalu-lalang c)bolak-balik d)ulang-alik

12. Bising........
a)riuh-rendah b)hingar-bingar c)gegak-gempita d)bingit

Teknik Menulis BM UPSR 2010

Perkara-perkara penting dalam BM Penulisan:
Bahagian A :

1. Baca arahan - aktiviti, situasi,gambar.

2. a) Aktiviti - gunakan kata kerja.
b)Situasi - tulis 1/2 ayat berdasarkan situasi manakala yang lain kata kerja.
c) Gambar - tulis 1/2 ayat berdasarkan gambar manakala yang lain kata kerja. 

3. Boleh guna nama orang, kata bilangan - beberapa, dua orang

4. Ayat gramatis - galakkan guna ayat majmuk. Sekurang-kurangnya 8 -12 patah perkataan.

5. Elakkan ayat tunggal.

6. Kebiasaannya gambar-gambar yang akan disiarkan berbentuk positif. Gambar-gambar yang berbentuk 
negatif seperti kebakaran, kemalangan, banjir, kematian, hospital dan lain-lain biasanya tidak akan 
disiarkan.

7. Jangan tulis ayat yang berbentuk cerita. Jangan gunakan penanda wacana.

8. Tulis keadaan atau situasi yang kelihatan di dalam gambar. Contoh - senyum, sedih, ketawa, gembira dan 
sebagainya.

9. Buat semakan ayat.

Bahagian B.

1. Baca kesemua 3 soalan yang diberikan dan pilihlah yang terbaik.

2. Buat kerangka isi - pendahuluan, isi dengan huraian dan contoh serta penutup.

3. Kaedah peta minda yang telah saya ajar sebelum ini amat berkesan.

4. Tulis karangan dengan pengolahan yang menarik. Pastikan format karangan betul dan jangan keluar 
tajuk.

5. Boleh masukkan peribahasa atau simpulan bahasa yang baik dan sesuai untuk menjadikan karangan 
menarik.

6. Tulisan kemas, jelas dan terang. Pemeriksa akan mudah membacanya.

7. Buat semakan ayat.

Bahagian C.

1. Baca arahan soalan - nilai murni, pengajaran, amalan baik.

2. Baca teks dan gariskan kata-kata bernilai murni.

3. Nyatakan keterangan untuk kata-kata tersebut.

4. Patuhi arahan soalan - 4/5 nilai . Yang lebih, tidak akan diberi markah.

5. Tulis ulasan dengan struktur ayat yang betul.

6. Patuhi arahan jumlah soalan - tidak lebih daripada 40 (SJK)/50 (SK) patah perkataan.

7. Namun perlu diingatkan, calon boleh menulis sehingga 50 (SJK) /60(SK) patah perkataan dan jangan terlalu panjang sehingga menjadi seperti karangan.

8. Tulis jumlah perkataan di sebelah kanan hujung ulasan.

9. Mulakan dengan .........Kita haruslah/perlulah....................

10. Kata bantu - hendaklah, mestilah, kenalah, patutlah, wajarlah

11. Ingat bahawa - NILAI/PENGAJARAN dan CONTOH adalah penting berdasarkan petikan yang dibaca.

12. Berikan huraian - supaya........, untuk........., kerana........., dengan.........

13. Buat semakan ayat. 


No comments:

Post a Comment