PANDUAN : JANGAN JAWAB SECARA HENTAM KEROMO SAHAJA.
Menjawab soalan novel perlukan ketelitian. Anda jangan main "hentam keromo" sahaja kerana menjawab soalan novel memerlukan teknik yang betul. Akan saya paparkan beberapa contoh aspek teknikal yang diambil kira.
1. Terangkan bagaimana watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapi.
Jawaban calon :
1. Ratu Bongsu berpakat dengan Kusina untuk mengurung Tuan William dalam bilik dan kemudian mati akibat bom yang digugurkan.
(Pelajar tidak diberi markah langsung untuk isi ini).
2. Ratu Bongsu menyelesaikan konflik dengan Tuan William yang cuba mengkhinatinya.
Tuan William cuba mengkhianti Ratu Bongsu dengan cara menghubungi kerajaan Inggeris agar menggugurkan bom di puncak Gunung Tahan. Usaha ini ditangkis dengan cara berpakat dengan Kusina untuk memerangkap Tuan William dalam sebuah bilik. Apabila kapal terang Inggeris menggugurkan bom, Tuan William mati akibat terperangkap dalam bilik tersebut. Melalui cara ini konflik dengan Tuan William telah diselesaikan.
2. Nilai kasih sayang dalam dua novel.
Teknik jawab : Nyatakan apa, siapa dan bagaimana.
1. Apa? Kasih sayang kepada anak sendiri.
Siapa : Ayah Aziz & Perempuan Tua
Bagaimana/ Caranya : Ayah Aziz : Bawanya naik kapal untuk mengelilingi pulau
Perempuan Tua : Nasihati Ratu Bongsu supaya berhati-hati apabila
berurusan dengan Robert dan William.
Jika tidak menyebut watak atau watak salah - jawaban dianggap salah/ kurang lengkap.
Isi jawaban :
1. Kasih sayang kepada anak.
PGT : Perempuan Tua sayang kepada anaknya Ratu Bongsu dengan cara berpesan kepada Ratu Bongsu agar berhati-hati terhadap kelicikan dan tipu muslihat Tuan William dan Tuan Robert.
AL : Ayah Aziz yang bekerja sebagai mekanik kepada sebuah kapal kecil pernah membawa Aziz ke laut dan berpusing mengelilingi pulau.
NILAI KEGIGIHAN DALAM NOVEL.
DI HADAPAN PULAU.
Apa : Kegigihan untuk mencari rezeki
Siapa : Aziz
Bukti/ Bagaimana : Aziz ambil upah membeli todi untuk menyara hidupnya yang susah
Apa : Kegigihan menyiarkan syiar Islam
Siapa : Syed Fikri
Bukti : Syed Fikri mengajar Aziz dan rakan-rakannya mengaji dan bersolat
Apa : Kegigihan mempertahankan harta warisan
Siapa : Perempuan Tua
Bukti : Gigih mempertahankan kulit harimau putih yang merupakan warisan bangsa darpada tergadai kepada Tuan Robert
Apa : Gigih mempertahankan tanah air/ ibu pertiwi
Siapa : Pejuang Melayu seperti Dato Bahaman
Bukti : Sanggup mati mempertahankan bumi Pahang daripada dijajah oleh Inggeris
SABTU, 2009 NOVEMBER 14
TAK BACA TEKS MASIH BOLEH JAWAB
Mungkin banyak yang tak percaya jika saya katakan bahawa pelajar masih mampu menjawab soalan pemahaman (2b, 2c dan 2d) walaupun mereka tidak membaca teks tersebut sama ada sepenuhnya atau sebahagian teks. Hal ini demikian kerana bentuk soalan yang membolehkan pelajar menjawab dengan baik. Ikuti penerangan saya :
Soalan 2(b)Pemahaman berdasarkan prosa moden (cerpen atau drama).
(i) Soalan rangkai kata : Lihat dan baca petikan diberi. Anda mampu menjawab soalan.
(ii) Soalan konteks : Lihat dan baca semula petikan dan anda akan jumpa isi jawaban.
(iii) Soalan KBKK : Tak perlu lihat petikan kerana tiada jawaban dalam petikan- anda gunakan pengetahuan sedia ada memalui pembacaan sebelum ini.
(iv) Soalan KOMSAS 50-50. Maksudnya..jika soalan bertanya perwatakan dalam petikan, maka baca semula petikan dan tentukan perwatakan. Sebaliknya soalan yang bertanya perwatakan dalam teks keseluruhan pelajar boleh meneka sahaja tetapi tidak akan dapat memberi contoh sesuai.
RINGKASANNYA : SOALAN BERDASARKAN PETIKAN YANG DIBERI
Soalan 2(c)- Pemahaman berdasarkan prosa klasik juga masih boleh dijawab
(i) Soalan rangkai kata
(ii) Soalan Konteks
(iii) Soalan KBKK
Tahun 2003 (SPM N), hanya soalan konteks (4m) dan soalan KBKK (4m) dikemukakan. Maknanya kalau tak baca sekalipun teks itu, masih boleh dapat markah penuh dengan hanya membaca petikan diberi dan menjawab soalan KBKK.
CONTOH SOALAN KONTEKS PROSA KLASIK SPM 2003(N)
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Hatta, tersebutlah perkataan Encik Pung. Setelah sudah, hendak beranak. maka disorokkan oleh Laksamana. Sampailah sudah, berputera seorang laki-laki, terlalu baik parasnya. Waktu sudah keluar baginda itu, maka disuruh larikan oleh Encik Pung. Dia tiada mahu memandang puteranya itu, teringat akan sumpahnya dengan Bendahara. Dan laksamana mencari orang yang boleh menyusui yang boleh menanggung rahsia. Dari kepada itu, Laksamana mencari akal, hendak melepaskan anak raja itu, keluar negeri Johor itu. Dan Laksamana pun pergi ke Selat Singapura, mendapatkan Raja Negara Selat. Dan Laksamana pun berbicara dengan Raja Negara, “ Dan bagaimana bicara saudara kita, jikalau ada putera Duli Yang Dipertuan Marhum Mangkat Dijulang, mahukah saudara memelihara akan dia ? kerana tuan oleh kita. “ Dan Raja Negara pun berkata, “ Jikalau jalan rosak, sahaya-sahaya sekalian reda juga, oleh sebab tuan kita yang asal. “ Maka kata Laksamana, “ Sahaya minta hantar kepada Temenggung Muar, “ kerana, Temenggung Muar itu pangkat saudara oleh Laksamana, dan, “bawalah surat sahaya.”
(a)Apakah tindakan-tindakan Laksamana selepas anak Encik Pung dilahirkan. [4M]
Skema jawapan :
Pilihan Tindakan-tindakan Laksmana :
P1 Laksamana mencari orang yang boleh menyusui/ menyusukan anak itu
P2 Laksamana mencari orang yang boleh menyimpan rahsia
P3 Laksamana berusaha/ mencari akal untuk membawa anak itu keluar
dari Johor
P4 Laksamana pergi ke Selat Singapura untuk menemui Raja Negera Selat
Laksamana pergi ke Selat Singapura
Laksamana menemui Raja Negara Selat
P5 Laksamana meminta Raja Negara menghantar anak itu kepada
Temenggung Muar bersama-sama surat
Laksamana meminta Raja Negara menghantar anak itu kepada
Temenggung Muar
Jawapan contoh :
Selepas anak Encik Pung dilahirkan, Laksamana mencari orang yang boleh menyusukan anak itu dari kalangan orang yang boleh menyimpan rahsia Laksamana juga berusaha untuk membawa anak itu keluar dari Johor dan pergi ke Selat Singapura untuk menemui Raja Negera Selat.
(b)Pada pendapat anda, wajarkah Encik Pung menyerahkan anaknya kepada Laksamana? Berikan alasan-alasan anda.
Skema jawapan :
Wajar menyerahkan anaknya kepada Laksamana
Pilihan Alasan kewajaran :
P1 Wajar menyerahkan demi keselamatan anaknya
P2 Laksamana merupakan orang yang boleh dipercayai/ jujur/ amanah
Laksamana merupakan sahabat Encik Pung
P3 Masa depan anaknya lebih baik jika dipelihara oleh orang lain/
Anaknya boleh hidup berdikari
P4 Supaya dia berpeluang menjadi Raja/ Supaya dia boleh menuntut haknya 2
Tidak wajar menyerahkan anaknya kepada Laksamana
Pilihan Alasan ketidakwajaran :
P1 Anak itu kehilangan kasih sayang keluarga kandung
P2 Masa depan anak itu belum tentu terjamin jika dipelihara oleh orang lain/
Laksamana tidak dapat menjaga anak itu
P3 Encik Pung mementingkan diri sendiri/ tidak berperikemanusiaan
Encik Pung menyusahkan orang lain kerana terpaksa memelihara anaknya/
Anak itu merupakan anak kandung Encik Pung.
P4 Anak itu tidak akan mengenali ibunya
P5 Anak itu tidak tahu asal usul keturunannya
P6 Anak itu merupakan anugerah Tuhan/ amanah Tuhan
SAYA TEGASKAN SEKALI LAGI BAHAWA ANDA BOLEH MENJAWAB MANA-MANA SOALAN PEMAHAMAN WALAUPUN ANDA TIDAK MEMBACA TEKS ITU SEPENUHNYA/ TAK MEMBACA TEKS LANGSUNG KERANA SOALAN HANYA BERDASARKAN PETIKAN YANG DIBERI.
sumber : blog Cikgu Razak JB
No comments:
Post a Comment