PENGENALAN :
Petikan membincangkan faedah/ kelebihan/ manfaat/ kebaikan/ kepentingan aktiviti kokurikulum.
ISI TERSURAT : FAEDAH AKTIVITI KOKURIKULUM ( Isi daripada petikan rumusan )
S1. Mewujudkan perseimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial serta jasmani para pelajar.
S2. Meweujudkan interaksi dan memperkukuh integrasi dalam kalangan pelajar.
S3. Meningkatkan minat dan kemahiran. meningkatkan minat dan memperkembang bakat pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang disertai.
S4. Membantu pelajar-pelajar dalam proses pengukuhan dan pengayaan ilmu yang dipelajari di dalam bilik darjah.
S5. Perluasan pengetahuan dan pengalaman pelajar dalam bidang tertentu.
S6. Membantu dalam peningkatan disiplin pelajar.
S7. Mewujudkan suasana sekolah yang lebih menarik (dan menggembirakan pelajar)
S8. Hubungan kerjasama dua hala antara sekolah dengan ibu bapa dipererat.
S9. Menambah nilai terhadap diri sendiri.
S10. Kegiatan kokurikulum menyumbangkan sepuluh peratus markah dalam proses pengambilan pelajar ke institusi (pengajian tinggi awam IPTA)
ISI TERSIRAT : KEKANGAN DALAM PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM.
( Pelajar perlu menyatakan kekangan yang dihadapi berdasarkan pengetahuan sedia ada dan tidak boleh mengambil apa-apa isi dalam petikan (jika ada).
T1. IBU BAPA tidak memahami kepentingan kokurikulum/ menganggap kegiatan kokurikulum tidak penting.
T2. PIHAK PENTADBIR DAN GURU yang masih gagal memahami konsep dan matlamat kokurikulum.
T3. AKTIVITI KOKURIKULUM yang tidak menarik/ tidak menyeronokkan.
T4. ORIENTASI TERHADAP PEPERIKSAAN yang masih diutamakan oleh ibu bapa/ masyarakat.
T5. KEKANGAN MASA/ PERTINDIHAN DENGAN TANGGUNJAWAB LAIN dalam kalangan guru dan pelajar.
T6. PENGARUH PERSEKITARAN/ RAKAN SEBAYA.
T7. SIKAP PELAJAR yang tidak berminat dalam kegiatan kokurikulum.
KESIMPULAN :
Kesimpulannya, semua pihak hendaklah berusaha memperkasakan kegiatan kokurikulum demi melahirkan warganegara yang cemerlang/ berwawasan.
Jawaban contoh yang lengkap.
Petikan membincangkan faedah menyertai kegiatan kokurikulum.
Kegiatan kokurikulum dapat mewujudkan perseimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial serta jasmani para pelajar dan mewujudkan interaksi dan memperkukuh integrasi dalam kalangan pelajar serta meningkatkan minat dan kemahiran dalam aktiviti kokurikulum yang disertai.Disamping itu kegiatan kokurikulum dapat membantu pelajar-pelajar dalam proses pengukuhan dan pengayaan ilmu yang dipelajari di dalam bilik darjah,memperluas pengetahuan dan pengalaman pelajar dalam bidang tertentu serta membantu dalam peningkatan disiplin pelajar.
Kekangan terhadap aktiviti kokurikulum berpunca daripada kalangan ibu bapa yang tidak memahami kepentingan kegiatan kokurikulum disamping pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang tidak menyeronokkan.
Kesimpulannya, semua pihak hendaklah berusaha memperkasakan kegiatan kokurikulum demi melahirkan warganegara yang cemerlang/ berwawasan.
( 107 patah perkataan )
SOALAN 2(a)- Pemahaman berdasarkan petikan rumusan.
(i) Berikan maksud rangkai kata elemen sokongan. ( 2 markah )
Maksud rangkai kata elemen sokongan ialah unsur yang membantu.
(ii) Apakah langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam memastikan kegiatan kokurikulum terlaksana dengan berkesan ? (3 markah )
Jenis : Soalan konteks (jawaban dipetik daripada petikan rumusan )
Isi cukup : 3 isi
Peraturan pemarkahan : Pelajar beri tiga isi yang tepat berserta ayat yang gramatis, diberi 3 markah penuh. Jika pelajar memberi 3 isi yang tepat tetapi ayat tidak gramatis, diberi 2 markah. Jika pelajar memberi 1 atau 2 isi yang tepat berserta ayat yang gramatis, diberi 2 markah, sebaliknya jika ayat tidak gramatis, diberi 1 markah.
Isi jawaban :
1. Menerbitkan buku panduan Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Menengah
2. Melantik pegawai khas di pejabat pelajaran daerah dan negeri
3. Mewujudkan jawatan Guru Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah-sekolah
Sumber jawaban : Perenggan 1 : Baris 9, 10, 11 dan
12
Jawaban lengkap :
1. Langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam memastikan kegiatan kokurikulum terlaksana dengan berkesan ialah menerbitkan buku panduan Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Menengah, melantik pegawai khas di pejabat pelajaran daerah dan negeri dan mewujudkan jawatan Guru Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah-sekolah.
2. Dalam memastikan kegiatan kokurikulum terlaksana dengan berkesan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menerbitkan buku panduan Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Menengah, melantik pegawai khas di pejabat pelajaran daerah dan negeri dan mewujudkan jawatan Guru Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah-sekolah.
(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk menarik minat para pelajar menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah ? ( 4 markah )
Jenis : Soalan KBKK
( Pelajar tidak dibenarkan memilih apa-apa isi jawaban jika ada dalam petikan bahkan perlu memberikan idea berdasarkan pembacaan dan pengetahuan sedia ada ). Pelajar mesti memberi jawaban dari sudut yang berbeza/ skop yang berbeza.
Isi jawaban :
1. AKTIVITI yang menarik.
2. PRASARANA yang mencukupi.
3. JURULATIH/ GURU yang mahir.
4. GANJARAN disediakan.
5. KEMPEN/ PROMOSI tentang kepentingan kegiatan kokurikulum.
Peraturan pemarkahan :
Isi cukup : 4
Isi betul 4, ayat gramatis- 4 markah
Isi betul 4, ayat tak gramatis - 3 markah.
Isi tak cukup : 1,2 atau 3.
Isi betul 1, 2 atau 3, ayat gramatis - 2 markah
Isi betul 1, 2 atau 3, ayat tak gramatis - 1 markah.
CONTOH JAWABAN :
1. Cara menarik minat pelajar untuk menyertai kegiatan kokurikulum ialah menyediakan aktiviti yang menarik, menyediakan prasarana kokurikulum yang mencukupi, menyediakan jurulatih yang berpengalaman dan menyediakan ganjaran jika terlibat secara aktif.
( Isi cukup dan ayat gramatis )- 4 markah
2. Menyediakan aktiviti yang menarik, menyediakan prasarana kokurikulum yang mencukupi, menyediakan jurulatih yang berpengalaman dan menyediakan ganjaran jika terlibat secara aktif.
( Isi cukup tetapi ayat tidak gramatis iaitu tiada subjek jawaban )- 3 markah
3. Cara menarik minat pelajar untuk menyertai kegiatan kokurikulum ialah menyediakan aktiviti yang menarik, menyediakan prasarana kokurikulum yang mencukupi, menyediakan jurulatih yang berpengalaman.
( Isi tak cukup iaitu 3 tetapi ayat gramatis - 2 markah )
4. Menyediakan aktiviti yang menarik, menyediakan prasarana kokurikulum yang mencukupi dan menyediakan jurulatih yang berpengalaman.
( Isi tak cukup iaitu 3 dan ayat tak gramatis - 1 markah )
PERINGATAN :
Sila buat ayat yang gramatis untuk mengelakkan anda kehilangan markah dengan sia-sia.
Soalan 2(b)- Petikan drama Kerusi.
(i) Siapakah Masayu dalam petikan di atas? (2 markah)
Jenis : Soalan konteks
Peraturan : Tidak dibenarkan menggunakan isi di luar daripada petikan.
Skop : Perwatakan Masayu dalam petikan sahaja. ( Tersurat dalam petikan )
Isi jawaban :
1. Masayu ialah isteri Putra
2. Masayu ialah orang yang meniupkan api semangat kepada Putra
3. Masayu ialah orang yang menyuruh Putra bangkit dan memulakan perjuangan
4. Masayu ialah orang yang sudah lama bersama-sama Putra
5. Masayu ialah orang yang memahami hati Putra.
Pemarkahan : Setiap satu isi lengkap diberi 1 markah.
Jawaban lengkap:
1. Dalam petikan di atas, Masayu ialah isteri kepada Putera dan orang yang meniupkan api semangat kepada Putra. atau
2. Masayu ialah orang yang menyuruh Putra bangkit dan memulakan perjuangan dan sudah lama bersama-sama Putra.
(ii) Pada pendapat anda, mengapakah Masayu sudah tidak mengenali suaminya? (3 markah)
Soalan : KBKK
Peraturan : Tidak boleh mengambil apa-apa isi dalam petikan (jika ada) dan mesti memberi idea berdasarkan pengetahuan sedia ada.
Skop jawaban : Daripada aspek/ skop yang berbeza.
Peraturan pemarkahan : Isi cukup - 3 isi.
3 isi betul+ ayat gramatis = 3m
3 isi betul + ayat tak gramatis = 2m
1 atau 2 isi betul + ayat gramatis = 2m
1 atau 2 isi betul + ayat tak gramatis = 1m
Isi jawaban :
1. Masayu dikaburi harta
2. Masayu dipengaruhi oleh Srisegala
3. Masayu dikuasai pangkat dan darjat
4. Masayu berpura-pura tidak mengenali suaminya
5. Masayu terkena ilmu sihir/ ilmu guna-guna.
Jawaban lengkap :
Masayu tidak mengenali suaminya kerana dikaburi oleh harta, dipengaruhi oleh Srisegala dan Masayu juga dikuasai oleh pangkat dan darjat.
( Isi cukup dan ayat gramatis )
(iii) Huraikan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan dan satu nilai lain yang terdapat dalam drama tersebut. (4 markah)
jenis soalan : KOMSAS.
Skop : Nilai murni dalam petikan dan nilai murni dalam drama keseluruhan.
Peraturan pemarkahan : Isi cukup - 4 isi
4 isi tepat + ayat gramatis = 4 markah
4 isi tepat tetapi ayat tak gramatis = 3 markah
1, 2 atau 3 isi tepat + ayat gramatis = 2 markah
1, 2 atau 3 isi tepat tetapi ayat tak gramatis = 1 markah
Kaedah menentukan jumlah isi :
Nilai murni yang pertama dikira sebagai Isi 1. Huraian contoh kepada nilai murni pertama dikira sebagai Isi 2. Nilai murni kedua (daripada drama keseluruhan) dikira sebagai Isi 3. Huraian contoh kepada milai murni dalam drama dikira sebagai Isi 4.
Jika calon hanya memberi huraian contoh sahaja tanpa menyebut nilai murni yang spesifik, calon tidak mendapat apa-apa markah.
Sebaliknya, jika calon hanya memberi nilai murni yang tepat bagi kedua-dua ( dalam petikan dan drama keseluruhan ) diberi 2 markah.
Peringatan : Nilai yang tersenarai sebagai nilai dalam petikan tidak boleh digunakan sebagai nilai dalam drama keseluruhan dan sebaliknya nilai dalam drama keseluruhan tidak boleh digunakan sebagai nilai dalam petikan.
Isi jawaban :
Nilai murni dalam petikan :
1. Nilai kasih sayang
Huraian : Putra berusaha agar Masayu dapat mengenalinya dan kembali kepadanya.
Nilai murni dalam drama keseluruhan.
1. Nilai keberanian.
Huraian : Putra berani menentang kekuasaan Srisegala walaupun dia diseksa sehingga menjadi buta.
2. Nilai ketaatan.
Huraian : Tuta 1, 11 dan 111 mentaati perintah Srisegala supaya menangkap Putra.
3. Nilai pengorbanan.
Huraian : Masayu sanggup berjumpa dengan Srisegala untuk merayu supaya Srisegala membebaskan suaminya.
Jawaban lengkap :
Nilai murni dalam petikan di atas adalah nilai kasih sayang. Dalam petikan di atas, Putra mempunyai nilai kasih sayang kerana sanggup berusaha agar Masayu dapat mengenalinya dan kembali kepadanya.
Nilai murni dalam drama adalah nilai keberanian. Dalam drama ini, Putra dikatakan mempunyai nilai keberanian kerana dia berani menentang kekuasaan Sisegala walaupun dia diseksa sehingga menjadi buta.
Soalan 2(c)- Petikan daripada Cerita Bayan Tiada Menurut Kata Ibu Bapanya.
(i) Apakah kelebihan burung bayan ? ( 2 markah )
Jenis soalan : Soalan konteks ( isi jawaban dipetik daripada petikan yang diberi )
Pemarkahan : 1 isi tepat diberi 2 markah.
Isi jawaban :
1. Burung bayan tahu ilmu tabib/ tahu ilmu perubatan/ boleh mengubati penyakit/ boleh mengubati pesakit.
Jawaban lengkap :
Kelebihan burung bayan ialah burung bayan mengetahui ilmu tabib.
(ii) Nyatakan cadangan bayan setelah ditangkap oleh budak itu? ( 3 markah )
Jenis soalan : Soalan konteks
Peraturan pemarkahan : Isi cukup - 3
3 isi tepat + ayat gramatis = 3m
3 isi tepat tetapi ayat tak gramatis = 2m
1 atau 2 isi tepat + ayat gramatis = 2m
1 atau 2 isi tepat tetapi ayat tak gramatis = 1m
Isi jawaban :
1. Tidak membunuhnya (kerana dagingnya yang sedikit tidak mengenyangkan.)
2. Menjualnya dengan harga dua ribu dinar ( kerana hasil jualan itu mendatangkan pendapatan yang lumayan )
3. Menjualnya kepada raja negeri itu (supaya bayan dapat mengubati penyakit sopak raja)
Jawaban lengkap :
Setelah ditangkap oleh budak itu, bayan mencadangkan supaya budak itu tidak membunuhnya kerana dagingnya yang sedikit tidak mengenyangkan jika dimakan. Bayan juga mencadangkan supaya menjualnya dengan harga dua ribu dinar kerana hasil jualan tersebut sangat lumayan. Bayan juga mencadangkan supaya menjualnya kepada raja negeri itu supaya bayan dapat mengubai penyakit sopak raja.
Soalan 2(d)- Petikan sajak, " Jalan-jalan raya kotaku"
(i) Apakah maksud rangkai kata memacu menghimpun kekuatan. (2 markah)
Jenis soalan : Rangkai kata (tidak boleh mengulang mana-mana perkataan)
Pemarkahan : Jawapan tepat diberi 2 markah.
Jawaban lengkap :
Maksud memacu menghimpun kekuatan adalah berusaha mengumpulkan segala tenaga.
(ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mendisiplinkan pengguna jalan raya? ( 4 markah )
Jenis soalan : KBKK ( Jawaban dipersembahkan berdasarkan pengetahuan sedia ada daripada skop/ aspek berbeza).
Peraturan pemarkahan : Isi cukup 4.
4 isi tepat + ayat gramatis = 4 markah
4 isi tepat tetapi ayat tak gramatis = 3 markah
1, 2 atau 3 isi tepat + ayat gramatis = 2 markah
1, 2 atau 3 isi tepat tetapi ayat tak gramatis = 1 markah
Isi jawaban :
1. MENGUATKUASAKAN peraturan jalan raya/ mengadakan pemantauan/ menjalankan operasi dengan lebih kerap.
2. KEMPEN keselamatan jalan raya.
3. PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA sejak di peringkat sekolah.
4. HUKUMAN yang maksimum/ berat
5. PENAMBAHBAIKAN kurikulum sekolah memandu
Jawaban lengkap :
Pada pendapat saya langkah-langkah yang boleh diambil untuk mendisiplinkan pengguna jalan raya ialah menguatkuasakan peraturan di jalan raya, menjalankan kempen keselamatan jalan raya yang berterusan sepanjang masa, memperkenalkan pendidikan keselamatan jalan raya kepada pelajar sejak di peringkat sekolah dan mengenakan hukuman yang maksimum kepada pemandu yang melakukan kesalahan di jalan raya.
(iii) Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas. (3 markah)
Jenis soalan : KOMSAS - Pengajaran
Peraturan pemarkahan : Isi cukup - 3
3 isi tepat + ayat gramatis = 3m
3 isi tepat tetapi ayat tak gramatis = 2m
1 atau 2 isi tepat + ayat gramatis = 2m
1 atau 2 isi tepat tetapi ayat tak gramatis = 1m
Isi jawaban :
1. HENDAKLAH bersikap sabar ketika berada di jalan raya.
2. HARUSLAH bersopan santun di jalan raya
3. MESTILAH mengelakkan diri daripada bersikap sombong
4. HENDAKLAH menghindari sikap suka bertindak mengikut perasaan.
5. HENDAKLAH mematuhi peraturan di jalan raya.
6. HENDAKLAH mengamalkan sikap berperikemanusiaan semasa berada di jalan raya.
Jawaban lengkap:
1. Tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas adalah kita hendaklah bersikap sabar ketika berada di jalan raya. haruslah bersopan santun di jalan raya dan mestilah mengelakkan diri daripada bersikap sombong. atau
2. Pengajaran pertama dalam sajak di atas adalah kita hendaklah bersikap sabar ketika berada di jalan raya. Pengajaran kedua ialah kita haruslah bersopan santun di jalan raya. pengajaran ketiga ialah kita mestilah mengelakkan diri daripada bersikap sombong.
SOALAN (3)- TATABAHASA.
Soalan 3(a)- Buat ayat.
PERATURAN MEMBERI MARKAH :
Pelajar diberi 1 markah jika :
1. Bina ayat yang tepat dan gramatis.
2. Memberi maksud perkataan dengan tepat dengan syarat memasukkan perkataan dalam ayat.
Pelajar diberi 1/2 markah jika :
1. Ayat tidak jelas maksudnya.
2. Calon membina lebih daripada satu ayat.
Pelajar diberi 0 markah jika :
1. Ayat salah maksudnya.
2. Jadikan perkataan diuji sebagai peribahasa
3. Jadikan perkataan diuji sebagai kata nama khas
4. Menambah imbuhan kepada perkataan asal.
5. Ayat yang memaparkan fakta sejarah yang salah.
Contoh ayat :
1. Pemain badminton Malaysia telah menyertai pelbagai pertandingan di peringkat antarabangsa sejak tahun 1950-an lagi.
2. Encik Zainal merupakan kakitangan sekolah yang paling lama berkhidmat.
3. Abu telah dilantik sebagai setiausaha Persatuan Memanah daerah Miri dalam mesyuarat agung tahunan persatuan tersebut.
4. Tandatangan ibu bapa diperlukan sebelum ahli kelab kembara boleh menyertai ekspedisi berkayak di Pantai Lido.
5. Tanggungjawab seorang anggota polis amat berat kerana terpaksa berhadapan dengan bahaya yang boleh mengancam nyawa mereka.
6. Pak Ali telah menjadi warganegara Malaysia sejak tahun 1990 walaupun dilahirkan di Indonesia.
Soalan 3(b)- Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.
(i) Usaha memelihara alam sekitar perlu dilaksanakan oleh masyarakat secara bersungguh-sungguh.
Tips : Kata kerja pasif "dilaksanakan" ditukar kepada kata kerja transitif "melaksanakan". Letakkan subjek di pangkal ayat.
Jawaban : Masyarakat (subjek) perlu melaksanakan usaha memelihara alam sekitar secara bersungguh-sungguh.
(ii) Nota-nota sejarah itu telah diulang kaji oleh Imran sejak seminggu yang lalu.
Jawaban : Imran (subjek) telah mengulang kaji nota-nota sejarah itu sejak seminggu yang lalu.
(iii) Segala kerja perlu awak siapkan sebelum pergi bercuti pada minggu hadapan.
Jawaban : Awak (subjek) perlu menyiapkan segala kerja sebelum pergi bercuti pada minggu hadapan. atau
Awak perlu menyiapkan segala kerja sebelum pergi bercuti pada minggu hadapan.
Soalan 3(c)- membetulkan kesalahan ejaan dan imbuhan.
Panduan : Jangan tukar mana-mana perkataan dengan perkataan yang lain. Dalam satu ayat cuma ada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Jika soalan diberi dalam bentuk paragraf, maka kenal pasti hanya 3 kesalahan ejaan dan 3 kesalahan imbuhan. Anda tidak boleh memberi jawaban yang melebihi daripada diarahkan. (Jika diminta beri 3 kesalahan ejaan, jangan beri lebih daripada 3 jawaban).
Jawaban :
1. Kesalahan ejaan :
disamping - di samping
negetif - negatif
vandalisma - vandalisme
2. Kesalahan imbuhan :
Mempupuk - memupuk
Menenang - menenangkan
Menghindari - menghindarkan
PERINGATAN : Calon tidak perlu menyalin semula ayat.
Soalan 3(d) - Kesalahan penggunaan kata/ istilah dan kesalahan tatabahasa.
Jawaban :
dinikmati oleh kita - kita nikmati (ksalahan tatabahasa)
pemberian - pengorbanan (kesalahan penggunaan kata/istilah)
melukiskan - mencorakkan (kesalahan penggunaan kata/istilah)
dari gejala - daripada gejala (kesalahan tatabahasa)
ialah untuk - adalah untuk (kesalahan tatabahasa)
rasa sayang - perasaan sayang (kesalahan penggunaan kata/istilah)
Soalan 3(e)- Kemukakan tiga peribahasa yang sesuai.
Panduan menjawab soalan peribahasa :
1. Peribahasa perlu tepat/ tidak mengubah peribahasa asal.
2. Calon boleh terus menyatakan peribahasa walaupun tidak dinyatakan dalam ayat yang lengkap. Maksudnya beri peribahasa sahaja.
Soalan dan jawaban :
Dalam keadaan dunia yang sedang menghadapi kemelut ekonomi masyarakat diingatkan supaya sentiasa mengawal perbelanjaan dan berjimat cermat. Mereka hendaklah berjimat dalam membelanjakan wang dan berjimat menggunakan sesuatu barang supaya tidak menghadapi kesusahan.
Peribahasa yang sesuai : ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
Mereka perlu menyimpan sebahagian daripada pendapatan walaupun sedikit tetapi berterusan pada setiap bulan.
Peribahasa yang sesuai : sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
Simpanan ini penting untuk kegunaan pada masa kesempitan.
Peribahasa yang sesuai : Sediakan payung sebelum hujan.
Soalan 4(a) Pilih mana-mana satu novel sahaja.
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan kesan yang anda alami selepas
membaca novel tersebut. (7 markah)
Peraturan pemarkahan - Markah isi (4), Markah Bahasa (3).
Calon perlu kemukakan dua isi yang lengkap berserta huraian contoh.
NOVEL DI HADAPAN PULAU.
Isi jawaban :
1. Perasaan sedih.
Aziz yang masih terlalu muda terpaksa mengharungi kehidupan yang melarat dan kebuluran sebagai mangsa perang.
2. Perasaan benci.
Tentera Jepun yang kejam mendera orang-orang kampung yang tidak berdosa.
3. Simpati
Mak Joyah didera oleh suaminya Budin ketika dia mabuk
4. Marah.
Syed Zuhri sanggup menjual batu akik palsu dengan harga yang mahal kerana mementingkan diri sendiri sedangkan orang lain sengsara.
5. Bersemangat.
Timbul semangat patriotik dalam diri saya untuk mempertahankan tanah air agar peristiwa negara kita dijajah oleh kuasa asing tidak berulang lagi.
6. Terkejut.
Kapten Hebat makan seekor monyet bernama Mokmeng.
7. Tertanya-tanya.
Misteri Pulau Jakun.
Ayat contoh :
Selepas membaca novel Di Hadapan Pulau, perasaan saya amat sedihkerana Aziz yang masih terlalu muda terpaksa mengharungi kehidupan yang melarat dan mengalami masalah kebuluran sebagai mangsa perang.
Selepas membaca novel Di Hadapan Pulau, perasaan simpati timbul dalam diri saya apabila mengenangkan nasib Mak Joyah yang didera oleh suaminya, Budin ketika dia mabuk.
Selepas membaca novel Di Hadapan Pulau, perasaan benci timbul dalam diri saya kerana tentera Jepun yang kejam telah mendera orang-orang kampung yang tidak berdosa.
Selepas membaca novel Di Hadapan Pulau, perasaan marah membuak-buak dalam diri kerana Syed Zuhri tergamak menjual batu akik yang palsu dengan harga yang mahal demi keuntungan diri sendiri walhal orang lain menderita.
Selepas membaca novel Di Hadapan Pulau, semangat patriotik untuk mempertahankan tanah air membara dalam diri saya demi memastikan kejadian negara kita dijajah oleh kuasa asing tidak akan berulang lagi.
Selepas membaca novel Di Hadapan Pulau, perasaan saya amat terkejutapabila mengetahu bahawa Kapten Hebat sanggup makan seekor monyet bernama Mokmeng kerana sedang menghadapi masalah kebuluran.
Selepas membaca novel Di Hadapan Pulau, perasan tertanya-tanya selalu bermain dalam fikiran kerana memikirkan misteri tentang Pulau Jakun yang tiada jawabannya.
NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN.
1. Perasaan gembira.
Ratu Bongsu berkahwin dengan Mem William,
2. Perasaan benci.
Tuan Robert dan Tuan William yang suka menghina agama Islam dan adat masyarakat Sakai
3. Perasaan simpati.
Perempuan Tua ditinggalkan seorang diri di dalam hutan dan melahirkan anak seorang diri di sana.
4. Perasaan marah.
Tuan William mengambil kesempatan menggunakan burung pesuruh jaya untuk menghantar utusan supaya kerajaan British menyerang puncak Gunung Tahan.
5. Bersemangat.
Ratu Bongsu menjadi idola kerana berjaya mempertahankan tanah air daripada dijajah oleh pihak British.
6. Hairan.
Pohon Beringin boleh bercakap.
7. Bangga.
Perempuan Tua enggan menjual kulit harimau kepada Tuan Robert.
Soalan 4(b) - Huraikan peristiwa yang membuktikan nilai kerjasama dalam dua bueh novel yang telah anda kaji.
Peraturan pemarkahan : Merkah isi (6), markah bahasa (2)
Calon perlu mengemukakan 3 isi yang lengkap dengan huraian
Jawaban contoh :
Kedua-dua novel memaparkan nilai kerjasama untuk menjaga keselamatan penduduk daripada ancaman musuh. Dalam novel Di Hadapan Pulau, penduduk bergotong-royong dan bekerjasama membina shelter yang akan dijadikan sebagai tempat perlindungan jika tentera jepun menggugurkan bom dari udara. Dalam novel Putera Gunung Tahan pula, seluruh masyarakat Sakai bekerjasama dan bergilir-gilir mengawal keselamatan Tuan Robert yang telah dijadikan tawanan di kampung mereka.
Kedua-dua novel juga memaparkan nilai kerjasama untuk mencari rezeki atau punca pendapatan dalam kalangan mereka. Dalam novel Di Hadapan Pulau, Aziz bekerjasama dengan Syed Fikri untuk menanam sayur-sayuran yang akan dijadikan sumber makanan mereka. Dalam novel Putera Gunung Tahan, masrakat Sakai bekerjasama antara mereka untuk bercucuk tanah dan memburi sebagai punca rezeki mereka.
ASPEK KERJASAMA YANG LAIN.
1. Bekerjasama membantu mereka yang ditimpa kesusahan.
DHP- Tuk Marzuki membantu memelihara cucunya Afidah setelah ibu bapanya bercerai.
PGT- Masyarakat sakai membantu Perempuan Tua ketika melahirkan anak seorang diri di dalam hutan.
2. Bekerjasama dalam menjayakan misi yang dihajatkan.
DHP- Perempuan Tua bekerjasama dengan perempuan Sakai untuk mengenakan Tuan Robert dengan minyak cenuai agar misi mereka mengajar keceluparan mulut Tuan Robert berhasil.
PGT- Putera Gunung Tahan bekerjasama dengan Kusina dan masyarakat Bunian dalam menjayakan misi mereka untuk memerangkap Tuan William yang berniat jahat terhadap mereka.
Panduan menjawab ini disediakan oleh Cikgu Razak berdasarkan peraturan pemarkahan mata pelajaran bahasa Melayu negeri Johor bagi tahun 2009.
Voodoo Magic - The King of Dealer
ReplyDeleteVoodoo Magic is a Magic Magic: The Gathering video game 카지노 set featuring an eight-card deck, featuring foil-nails, aces, and spade symbol appearing in kirill-kondrashin